Sunday, May 2, 2010

IDENTITI YANG HILANG


Saban hari kite mendengar pelbagai kisah masyarakat Islam yang dilanda cerita-cerita kritis dan tragis. Ianya gambaran dari pergolakan minda,budaya dan perlakuan yang keliru.
Golongan pemimpin-pemimpin yang berada ditempat tertinggi dari pihak pemerintah adalah Melayu begitu jugak dari pihak ang membangkang adalah rata-ratanya Melayu. Kedua-dua golongan memperkatakan tentang ideologi,dasar dan perlaksanaan kuasa lantas tindakan berebut puncak teraju pemerintahan dijadikan medan pergelutan kuasa.
Golongan para ulamak Islam adalah golongan pembahas kitab,manuskrip dan agenda syariah sudah semacam tidak endah lagi atau sudah lepas tangan dengan keadaan masyarakat yang dilanda berbagai senario kejadian tragis yang melanda budaya dan sosial.
Kalau dilihat dari perpekstif menyeluruh institusi tertinggi penyediaan dasar sehingga institusi perlaksanaan jugak di kalangan orang Islam tapi masih tidak berupaya untuk menegakkan satu identiti terhormat pada bangsa Melayu.
Indentiti kita telah hilang dimakan dunia yang sudah semakin tua.

No comments:

Post a Comment